jump to navigation

Salam Ramadhan al Mubarak August 31, 2008

Posted by ahmadzulfikar in ucapan.
Tags:
add a comment

 Tadi, baru sebentar tadi diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan. Maka esok hari akan bermulanya puasa. Kepada sdr yang ingin menunaikan solah tarawih di Masjid bermula pada malam ini aku ingin mengucapkan selamat kepada korang. Dan kepada seluruh muslimin dan muslimat aku juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah sebulan puasa bermula esok.

Selamat datang ya Ramadhan, selamat berpuasa.

MalaysiaNews: Orang Munafik Suka Bersumpah August 29, 2008

Posted by ahmadzulfikar in sumpah.
Tags: , , , ,
add a comment

Klip video ini didedikasikan khas untuk Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak dan Tajol Rosli Ghazali.

Foto-foto penamaan calon P 44 Permatang Pauh August 18, 2008

Posted by ahmadzulfikar in Uncategorized.
Tags: , , ,
1 comment so far

TV Smith, Fuziah Salleh, Raja Petra, Zorro Unmasked

Saiful angkat sumpah: Lagi aku percaya Anwar tak bersalah August 15, 2008

Posted by ahmadzulfikar in Anwar.
Tags: , ,
3 comments

Bagi aku yang bukan merupakan pengundi di Permatang Pauh, sekali-kalinya tidak aku percaya bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan liwat.  Aku tak tahulah jika kau pengundi di Pmtg Pauh percaya atau tidak terhadap sesuatu yang belum dapat disahkan dengan bukti-bukti terlebih dahulu.

Jika betul Anwar bersalah buktikan terlebih dahulu di mahkamah bukannya terus bersumpah dengan al-Quran, seperti mahu terus mengatakan bahawa Anwar memang betul melakukan perbuatan yang terkutuk itu.  

Tidak, bukan aku tidak percaya kepada sumpah itu, tetapi buatlah ia selepas tiada lagi ruang bagi kita mengiyakan tuduhan itu dengan bukti.  

Someone is innocent until proven guilty, itu prinsip yang digunapakai untuk kedua sistem perundangan syariah mahupun common law.  The burden of proof atau tanggungjawab untuk membuktikan adalah terletak di bahu sipenuduh.  Penuduh perlu membuktikan bahawa yang kena tuduh betul-betul melakukan perbuatan tersebut.  Dan prinsip ini juga terpakai di dalam kedua-dua sistem perundangan.

Memang aku bukan pengundi di Pmtg Pauh, tetapi amat malang sekali bahawa pengundi di Pmtg Paih dihadapkan dengan dua pilihan, walau sepatutnya mereka tidak perlu memilih.

Semoga pengundi di Pmtg dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata!