Keputusan PRK KT P36 January 18, 2009
Posted by ahmadzulfikar in pendapat.Tags: bik mama, p036, prk kt
add a comment
Dah lambat dah. Keputusan dah tau lama dah. Semalam. Kira2 pukul 9:30 – 10:00.
Akhirnya wakil dari PAS, Mohd Wahid Endut, menggalas beban yang ditinggalkan oleh gunung-ganang.
Aku pasti Najib terpinga-pinga muka berubah, dah makin slow nak jawab soalan wartawan.
Takpe. Tadi Bik Mama, sampaikan hadiah kat AJL 23, juara lagu milik Meet Uncle Hussin.
Ya, dan gunung-ganang pun berkata, bahawa, aku hairan manusia sanggup memperbebankan diri dia untuk pikul tanggung jawab yang sepatutnya diserahkan kepada aku. Aku pelik dan hairan.
Malam menjelang PRK KT, P036 January 16, 2009
Posted by ahmadzulfikar in prosa.add a comment
Hairan.
Pada saat gunung ganang menolak, tidak mahu beban ini digalas mereka. Tampil 3 orang yang merayu, mencanang keliling kampung, menggantung poster, berkata – berikan kuasa itu kepada aku.
Sel 73
Salahkah aku January 16, 2009
Posted by ahmadzulfikar in Uncategorized.Tags: puisi
add a comment
Oleh Sam Ahmad
Salahkah aku
menikam dirimu
mengelar lehermu
menyiat-nyiatkan kulit halusmu
tinggal daging
dan jasad yang tidak bernyawa.
Salahkah aku
meragui pemerintah
dan menggoncangkan
tiang-tiang utuhnya
hingga jatuh satu persatu
ke muka bumi.
Salahkah aku
menolak hukum
cerdik pandai agama
menafikan segala hujahnya
dan membalas balik tipu daya mereka.
Salahkah aku
berbicara dengan tuhan
walaupun pernah
aku lupa padanya
seketika.
Salahkah aku
menyalahkan diri sendiri
di atas dosa-dosa yang
telah aku lakukan.
Sel 73
Marcos, Zapatista dan isu semasa dalam lagu January 10, 2009
Posted by ahmadzulfikar in artikel.Tags: marcos, muzik, rottw, zapatista
add a comment
Lewat bebrapa bulan sudah kelibat Subcomodante Marcos kembali mewarnai kamera dan perkampungan La Realidad sekali lagi popular, menjadi tumpuan media. Zapatista bertekad akan menyertai politik negara Mexico. Dan juga bertekad akan memenuhkan kamera-kamera media dengan wajah mereka yang bertopeng. Penulis agak orang yang paling gembira, tentunya Zach De La Rocha, frontman dan personal utama kugiran (the late) Rage Against the Machine.
Dalam klip video lagu People of the Sun, Rage Agaist the Machine ada menyelitkan visual kata-kata simpati untuk Zapatista pada akhir dan juga dimerata-rata tempat di dalam klip video berkenaan.
Mungkin ada yang masih ingat lagi, perhimpunan muzik terbesar dunia. Dan ada yang masih ingat lagi kelahiran the Beatles, Grateful Dead, Pink Floyd, individu seperti Bob Dylan, John Baez dan ramai lagi. Perhimpunan itu berlaku kerana kekecewaan yang teramat sangat kepada penghantaran tenaga-tenaga muda menyertai skuad tentera Amerika Syarikat di Vietnam. Rakyat AS membantah penghantaran yang ternyata sia-sia – kerana kekalahan.
Dari Hal Mumia dan Anak January 9, 2009
Posted by ahmadzulfikar in artikel.Tags: sam ahmad
add a comment
oleh Sam Ahmad
Menurut seorang rakan – bercerita tentang apa yang ditontonnya dalam rancangan National Geographic, sebelum diketahui tentang mumia – seperti kini, pihak kolonial yang menjumpainya satu ketika dahulu telah menjadikan mumia-mumia ini sebagai bahan bakar. Ini disebabkan, ianya mudah bakar.
Amalan mengawetkan mayat sebagai mumia ini bermula sejak beberapa ribu kurun yang lampau. Amalan ini menjadi kegilaan firaun-firaun Mesir dan segala bangsawan yang berada di bawah tampuk kekuasaannya. Tujuannya, adalah untuk mengekalkan bentuk dan rupa sebenar mereka yang dimumiakan tersebut.
Tanpa kita sedari, kegilaan firaun-firaun ini sebenarnya telah menjadi kegilaan kebanyakan manusia dan ia juga telah mempengaruhi manusia masa kini. Berapa banyakkah dari kita ingin mempunyai mumia. Mumia dari diri mereka sendiri. Terutamanya para ibu bapa ingin menjadikan anak-anak mereka sebagai mumia.
Kebanyakan ibu bapa, mahukan anak-anak mereka menjadi seperti mereka, baik dari segi luaran mahupun dari hal dalaman. “Ayah nak kamu jadi macam ayah. Berjuang demi negara,” kata seorang pejuang kemerdekaan kepada anaknya.
“Mereka tu, bukan macam kita dulu, rambut je sama (terpacak), tak bertegur sapa pun,” seorang orang tua bercakap dengan rakan lamanya mengenai anak-anak zaman sekarang.
Bagi mereka yang kuat agamanya dan mengikuti jemaah-jemaah seperti tabligh, al-Arqam, tarekat Naqsyabandi atau mana-mana ajaran, juga berkehendakkan anak mereka mengikuti jemaah-jemaah seperti yang mereka ikut. Akhirnya, anak-anak tak mampu nak buat keputusan sendiri dan menentukan nasib hidupnya secara sendiri.
Berapa banyak anak-anak yang dikatakan derhaka apabila tidak menyertai parti yang bapa atau ibu mereka ikut. “Kamu kena masuk PAS, macam bapak. Kalau masuk PAS nanti dapat masuk syurga.” kata seorang pengikut PAS kepada anaknya.
“PAS tu Parti Ajaran Sesat, baikla kamu masuk UMNO, UMNO dah bagi pembangunan kepada negara. Kalau tak disebabkan UMNO, tak dapatlah kamu hidup macam sekarang ni.” ini pula dialog yang mungkin diucapkan oleh seorang ahli UMNO kepada anaknya pula.
Kuliah Pak Nawi: Reformasi January 9, 2009
Posted by ahmadzulfikar in artikel.Tags: msk
add a comment
Oleh Mat Saman Kati
Lepas hantar anak kesekolah, aku lepak kat bawah pokok mempelam kat pekan Sauk. Sambil baca suratkhabar, sambil menunggu ikan sungai sampai.
Lebih kurang jam lapan, kak Yah Changkat Duku pun sampai dengan Proton buruknya, bawa ikan sungai yang ditangkap di Tasik Chenderoh. Tak banyak tangkapan malam tadi, cuma sekadar 3-4 kilo ikan-ikan loma dan tenggalan.
Aku pun bukan suka sangat ikan-ikan sungai ni..banyak tulang. Tapi dalam keadaan gawat ni, telor masin pun sedap. Dan harganya pun masih murah berbanding ikan laut. Dah la mahal…tak fresh pulak.
“Nak bagi makan kucing ke?” tanya Pak Nawi dari belakang bila tengok aku beli anak tenggalan setengah kilo.
“Amboi mak…cantiknya bahasa!” dalam hati aku la. “Dak aaih! nak masak pindang..dah lama tak makan. Asyik makan beriyani, nasi kandar. Rasa jemu pulak makan kat hotel.” Standard kena jaga jugak brader!
“Kalau teruk cakap teruk la…nak malu apa? Kalau dulu Dunhill, sekarang DJ…tak payah cakap pun tak apa.”
Salah January 9, 2009
Posted by ahmadzulfikar in pendapat.Tags: gaza, israel, palestine
add a comment
Bukan, bukan masa untuk menyalahkan sesiapa. Diri mana yang lebih bersalah melainkan diri sendiri. Hentikan tuding jari ke arah orang lain, kerana satu jari engkau tuding ke arah orang itu, maka empat jari lagi akan menuding ke arah engkau. Ah.. Balik-balik yahudi salah. Habis, engkau tak salah. Sebenarnya perkara ini salah salah semua. Yang jadi mangsa ialah rakyat Palestine – kanak-kanak, wanita dan orang tua semestinya.
Lebih Melayu dan Islam dari yang Melayu dan Islam January 7, 2009
Posted by ahmadzulfikar in pendapat.Tags: kt, p036
add a comment

TokMun tak bertanding kali ni.
Sekarang di KT ada orang tengah kempen, merayu hendakan dirinya jadi pemimpin bagi orang-orang di situ atau tidakpun wakil bagi rakyat kawasan itu. Dalam pada gunung-ganang menolak beban tanggung jawab itu, datang sang manusia berkehendak, hendak apa mereka? Hendak kuasa kata mereka. Nak dapat kuasa gaji, elaun dan pencen. Ya, aku yakin sesi yang mengatakan aku lebih baik dari si anu. Aku lebih Melayu dari si anu. Dan aku lebih Islamik dari si anu sedang rancak dijalankan.
Harga Minyak January 7, 2009
Posted by ahmadzulfikar in pendapat.Tags: minyak, pendapat
2 comments
Satu kesilapan paling besar kerajaan lakukan adalah menaikkan harga minyak pertengahan tahun sudah. Hasilnya, kini peniaga dan pemborong enggan untuk menurunkan harga barangan (yang pada mulanya dinaikkan kerana harga minyak naik) jualan mereka. Yang jadi mangsa adalah pengguna.
Footage of attacks on Israeli troops in Gaza – 06 Jan 09 January 6, 2009
Posted by ahmadzulfikar in videos.Tags: hamas, israel, palestine
add a comment