Footage of attacks on Israeli troops in Gaza – 06 Jan 09 January 6, 2009
Posted by ahmadzulfikar in videos.Tags: hamas, israel, palestine
add a comment
Kita dan mereka…apa bezanya? January 6, 2009
Posted by ahmadzulfikar in artikel.Tags: bn, msk, pakatan
add a comment
Oleh: Mat Saman Kati
(PerakExpress) Bila aku ke Kuala, aku selalu lepak kat Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Chandan.
Lebih kurang dua minggu dulu, ramai la orang kampung yang datang minta bantuan sekolah. Ada yang nak bayar yuran, baju sekolah anak belum beli, macam-macam.
Mau tak mau, Penyelia DUN kena cari sponsor untuk bagi bantuan ini. Kalau takat sorang berdua boleh tahan juga. Tapi kalau dah sampai berpuluh..mana nak cari duit? Dan bila bagi tau sepuluh orang akan dapat bantuan, lagi dua puluh datang mintak. Tak garu kepala dibuatnya?
Proses Institutionalized dan Mayarakat Korup Tertindas January 6, 2009
Posted by ahmadzulfikar in artikel.Tags: korup, muhammad saw, roma
add a comment
Pernah tonton filem Shawshank Redemption?
Belum?
Pastikan anda tontonnya selepas ini. Filem keluaran zaman 1990an tersebut membawa pada penulis pengertian tentang ‘institutionalized’ dengan jelas sekali.
Satu babak, ketika Red (lakonan Morgan Freeman) dan kawan-kawannya berkumpul berbicara tentang pembebasan Brooke (seorang orang lama dalam penjara Shawshank) untuk menjalani parol, beliau mengatakan
“Apa yang terjadi kepada Brooke, ialah dia ter’institutionalized’.”
Teknologi dan muzik January 3, 2009
Posted by ahmadzulfikar in artikel.Tags: rottw, teknologi
add a comment
tersiar di ROTTW sekitar 2006
Situasi semasa berkehendakkan perubahan. Tidak selamanya kita akan berada pada takuk yang sama. Jika dahulu kita boleh berbangga dengan komputer sebesar rumah, namun kini semua itu hanyalah peninggalan perubahan.
Sekarang kita boleh berbangga dengan perubahan yang ada, bukan setakat komputer peribadi, lap top, palm top, note book dan pelbagai variasi komputer berjaya dicipta. Mungkin kita juga seperti komputer, kadaan semasa yang semakin kompleks memahukan manusia juga seperti komputer – kecil tapi padat dan multi guna.
Kedua-dua para di atas penulis ambil daripada tulisan penulis sendiri yang bertajuk Bangunlah wahai sahabatku dari bawah tanah yang disiarkan di dalam Kolum Pembaca, isu 82, September 2003. Penulis menjadikannya sebagai pendahuluan bagi tulisan penulis kali ini bagi kita semua merenungkan semula evolusi teknolgi pengkomputeran yang semakin berkembang pesat.
Itu belum lagi kita lihat teknologi internet yang semakin pesat mambangun. Tidak terduga apa yang akan jadi esok. Jalur lebar membolehkan kita mengakses sesuatu laman web dengan pantas. Teknologi baru. Ada perkhidmatan e-browse di dalamnya. Teknologi baru.
Korban December 7, 2008
Posted by ahmadzulfikar in Uncategorized.add a comment
Esok kita akan menyambut Eid-ul-adha.
Dalam kehidupan ini, kita mesti berkorban. Dan kita sanggup berkorban demi dunia, demi kekasih, demi pelajaran, demi kerja, demi perut, demi hawa nafsu dan demi segala-gala ni’mat di dunia. Tapi selalukah kita berkorban demi Allah.
Sepatutnya kita korbankan segala ni’mat di dunia ini demi Allah, tapi ini tidak berlaku, malah kita ‘korbankan’ keredhaan Allah demi ni’mat di dunia.
Maka, jadikanlah esok satu titik tolak bagi kita untuk mengubah paradigma korban kita dari ke arah yang bertentangan, tapi ke arah yang sepatutnya. Arahkan kiblat korban kita kepada kiblat yang sepatutnya demi pencipta kita.
Selayaknya korban Ibrahim yang sentiasa patuh kepada arahan Allah walaupun dipinta Allah untuk menyembelih Ismail anak kesayangannya.
Pada kesempatan ini aku nak ucapkan selamat menyambut hari raya Eid-ul-adha kepada para pembaca blog ini yang beragama Islam. Semoga korban kita semua akan di terima oleh Pencipta yang Maha Satu.
Deepavali nal vathukal! October 26, 2008
Posted by ahmadzulfikar in ucapan.Tags: diwali
add a comment
Pada hari yang berbahagia dan penuh bercahaya ini diharap cahaya kebaikan akan terus bercahaya menewaskan unsur-unsur kejahatan, menerangi kegelapan hari yang kita lalui.
Beringatlah, unsur-unsur kejahatan akan pasti ada dan terus ada. Dan menentangnya adalah tanggungjawab semua manusia di muka bumi ini. Cuma kita punyai cara yang berbeza-beza untuk melawannya.
Saya, ingin mengucapkan Deepavali nal vathukal buat sdr2 penganut agama Hindu. Semoga berbahagia selalu di hari yang mulia ini.
Deepavali nal vathukal!
Salam Ramadhan al Mubarak August 31, 2008
Posted by ahmadzulfikar in ucapan.Tags: ramadhan
add a comment
Tadi, baru sebentar tadi diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bahawa anak bulan Ramadhan telah kelihatan. Maka esok hari akan bermulanya puasa. Kepada sdr yang ingin menunaikan solah tarawih di Masjid bermula pada malam ini aku ingin mengucapkan selamat kepada korang. Dan kepada seluruh muslimin dan muslimat aku juga ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah sebulan puasa bermula esok.
Selamat datang ya Ramadhan, selamat berpuasa.
MalaysiaNews: Orang Munafik Suka Bersumpah August 29, 2008
Posted by ahmadzulfikar in sumpah.Tags: liwat, najib tun razak, saiful bukhari azlan, sumpah, tajol rosli
add a comment
Klip video ini didedikasikan khas untuk Saiful Bukhari Azlan, Najib Tun Razak dan Tajol Rosli Ghazali.
Foto-foto penamaan calon P 44 Permatang Pauh August 18, 2008
Posted by ahmadzulfikar in Uncategorized.Tags: foto, penamaan calon, permatang pauh, prk
1 comment so far
TV Smith, Fuziah Salleh, Raja Petra, Zorro Unmasked
Saiful angkat sumpah: Lagi aku percaya Anwar tak bersalah August 15, 2008
Posted by ahmadzulfikar in Anwar.Tags: Anwar, liwat, saiful bukhari azlan
3 comments
Bagi aku yang bukan merupakan pengundi di Permatang Pauh, sekali-kalinya tidak aku percaya bahawa Anwar terlibat dengan kegiatan liwat. Aku tak tahulah jika kau pengundi di Pmtg Pauh percaya atau tidak terhadap sesuatu yang belum dapat disahkan dengan bukti-bukti terlebih dahulu.
Jika betul Anwar bersalah buktikan terlebih dahulu di mahkamah bukannya terus bersumpah dengan al-Quran, seperti mahu terus mengatakan bahawa Anwar memang betul melakukan perbuatan yang terkutuk itu.
Tidak, bukan aku tidak percaya kepada sumpah itu, tetapi buatlah ia selepas tiada lagi ruang bagi kita mengiyakan tuduhan itu dengan bukti.
Someone is innocent until proven guilty, itu prinsip yang digunapakai untuk kedua sistem perundangan syariah mahupun common law. The burden of proof atau tanggungjawab untuk membuktikan adalah terletak di bahu sipenuduh. Penuduh perlu membuktikan bahawa yang kena tuduh betul-betul melakukan perbuatan tersebut. Dan prinsip ini juga terpakai di dalam kedua-dua sistem perundangan.
Memang aku bukan pengundi di Pmtg Pauh, tetapi amat malang sekali bahawa pengundi di Pmtg Paih dihadapkan dengan dua pilihan, walau sepatutnya mereka tidak perlu memilih.
Semoga pengundi di Pmtg dapat menilai yang mana kaca, yang mana permata!









































