jump to navigation

Fato February 8, 2011

Posted by ahmadzulfikar in Esei.
add a comment

Naratif cinta pasti tidak akan lari daripada menghujahkan tentang takdir, jodoh, detiny atau fate. Lihat Serindipity lakonan John Cusack. Atau A Lot of Love lakonan Amanda Peet. Atau filem Hotel de Love arahan Craig Rosenberg. Atau filem It’s All About Love arahan Thomas Vinterberg. Serta banyak lagi.

Percaya kepada takdir terletak di hujung rukun IMAN setiap umat Islam bermazhab Sunnah Waljamaah ajaran Imam as-Shafie.Tidak percaya kepada takdir akan menyebabkan seseorang itu menjadi murtad atau keluar dari agama Islam, menurut kata-kata ulama konvensional.

Tulisan aku ini bukannya mahu berhujah tentang hukuman yang patut dijatuhkan terhadap mereka yang tidak percaya kepada takdir. Mahupun untuk menyatakan tentang fadhilat yang mungkin diperolehi oleh mereka yang percaya akan takdir. Cuma ingin memetik persoalan atas perkara yang diterima ramai sebagai takdir, atau destino dalam bahasa Spanish atau ciel dalam bahasa Peranchis atau fortuna atau fato dalam bahasa Itali.

(more…)

Anwar dalam bicara 10 April 29, 2010

Posted by ahmadzulfikar in Uncategorized.
add a comment

Hulu Selangor kembali kepada BN.

Beberapa hari sebelum penamaan calon, saya sempat berkunjung ke sana. Terdapat sejumlah pemidang yang mahukan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menjadi calon di sana. Tetapi kita tahu akhirnya P.Kamalanathan dipilih di pihak BN dan Datuk Zaid Ibrahim bertanding di pihak PKR-PR.

DS Najib mengatakan bahawa keputusan Pilihan Raya Kecil P094 Parlimen Hulu Selangor adalah satu referendum kepada kepimpinan beliau sejak peralihan kuasa Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Ramai menjangkakan ia satu referendum kepada kedua-dua gabungan – Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR). Ia boleh jadi benar dan boleh jadi tersasar. Kita boleh lihat misalnya kes Pilihan Raya Kecil DUN Ijok dulu.

Sebelum ia berlangsung, saya menganggap PR adalah underdog di kawasan tersebut. Hujah saya ialah kerana:

1. Semua DUN di bawah Parlimen Hulu Selangor dimenangi oleh BN.
2. Khidmat arwah Dato’ Dr. Zainal selepas dipilih dalam PRU-12 tidak dapat diberikan secara optimum kerana beliau jatuh sakit yang akhirnya menjadi asbab kematian beliau.

Mungkin ramai yang mengatakan bahawa PR tidak sepatutnya dianggap begitu kerana dalam PRU-12 menunjukkan rakyat di kawasan tersebut sedia memilih PR. Hakikat sebenar ialah kemenangan tipis PR sebelum ini disandarkan kepada faktor berikut:

1. Sentimen nasional yang menolak UMNO-BN yang saya nisbahkan banyak dipengaruhi imej lemah Tun Abdullah Ahmad Badawi (mungkin kerana tiada APCO, hehe).
2. Penolakan kepada Datuk G. Palanivel sebagaimana yang dizahirkan semasa pemilihan calon BN pada kali ini.

Kenapa BN menang dan kenapa PR kalah?

Saya berpendapat bahawa BN menang berdasarkan beberapa faktor iaitu:

1. Sebagaimana dinyatakan di atas, arwah Dato’ Dr. Zainal tidak dapat berkhidmat secara optimum dalam tempoh 2 tahun (dan saya percaya itu bukan pilihan beliau). Ini sekaligus menjadikan gerak kerja PR dan Kerajaan Negeri Selangor tidak lebih daripada dilihat sebagai hanya mahu meraih undi meskipun program-program Kerajaan Negeri Selangor itu sebahagiannya dirancang jauh lebih awal.
2. Isu serangan peribadi kepada Datuk Zaid yang diambil sebagai sentimen peribadi orang Melayu-Muslim di sana khususnya di kalangan mereka yang berada di atas pagar.
3. Jentera yang lebih kukuh dari sudut chain of command dengan segala kekuatan kewangan untuk melaksanakannya. (hal ini ada saya jelaskan sedikit di blog saya: http://www.becok.blogspot.com).

Saya tidak nampak P.Kamalanathan adalah seorang calon yang kuat untuk disandarkan sebagai sebab undi harus diberikan kepadanya. Pengundi dari kaum India mungkin memilih beliau atas faktor kaum tetapi BN terpaksa menggunakan gabungan mereka iaitu BN itu sendiri sebagai jenama kempen. Orang Melayu khususnya diingatkan bahawa mengundi P.Kamalanathan beerti mendokong BN yang didominasi oleh UMNO sebagai ‘parti orang Melayu’.

Ternampak PR masih banyak bergantung kepada isu nasional. Saya memuji usaha Kerajaan Negeri Selangor hadir dengan penerangan dasar dan program-program mereka yang lebih bersifat setempat. Isu nasional bukanlah tidak penting tetapi mungkin upaya merakyatkan bahasa-nya barangkali sukar untuk dihadam oleh kaum Orang Asli dan penduduk kampung.

Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) ialah Pihak Berkuasa Tempatan yang prestasinya diberi 2 bintang oleh Kementerian yang menguruskan hal ehwal Kerajaan Tempatan. Kita tentu ingat Khir Toyo pernah menganugerahkan penyapu kepada Yang Dipertua MDHS yang baru masuk berkhidmat beberapa bulan. Sejak 2 tahun lalu, prestasi MDHS telah meningkat berkali ganda meskipun sudah tentu banyak yang perlu dilakukan.

Penduduk di Hulu Selangor patut mengambil masa melihat sendiri bagaimana penuhnya projek terbengkalai di sana. Bukankah ini adalah simbol paling nyata kelemahan BN? Kini mereka ada tiga orang ADUN, apa peranan mereka – dulu, kini dan selamanya?

Arwah Dato’ Dr. Zainal ditekan oleh kerajan persekutuan melalui sekatan peruntukan kepada Ahli Parlimen daripada PR. Saya difahamkan nilainya sebanyak RM1.5 juta setahun. Khabarnya seperti Wang Ehsan di Terengganu dan Kelantan, ia disalurkan melalui Bahagian UMNO-BN. Ini adalah satu sikap biadab dan tidak menghormati pilihan rakyat yang telah lama diamalkan UMNO-BN.

Ya, saya tahu ada yang mahu mengatakan bahawa Kerajaan Negeri Selangor juga tidak memberi peruntukan kepada wakil rakyat UMNO-BN di Selangor. Apa yang mereka tidak nyatakan ialah wakil-wakil rakyat ini telah mendapat peruntukan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor telah dihadkan peruntukan meskipun menjadi penyumbang kepada 21% KDNK negara.

Prinsipnya, adakah mereka pernah peduli dengan sekatan bantuan kepada Ahli Parlimen dan Negeri selama ini?

Setidak-tidaknya, sekitar RM167 juta yang dikatakan telah dilimpahkan untuk PRK kali ini cukup untuk menampung peruntukan 100 orang Ahli Parlimen dalam masa setahun!

Apapun, saya tidak melihat Datuk Zaid Ibrahim tewas dalam erti kata sebenar. Undi kepada PR meningkat, mungkin sedikit berbanding BN. Tetapi itu cukup untuk menunjukkan kesetiaan pengundi di samping sejumlah pengundi yang dilaporkan gagal mendapatkan hak mengundi mereka kerana telah dialih tempat dan kawasan mengundi selain yang hilang namanya di senarai pengundi.

Kelemahan gerak kerja jentera PR juga harus diterima secara terbuka di mana disiplin mesti diterapkan sambil mengusung agenda kebebasan.

Apapun, tahniah kepada yang menang. Untuk saya, yang menang atau kalah sebenarnya ialah rakyat Hulu Selangor.

UMNO/BN yang derhaka pada raja – Pakatan February 15, 2009

Posted by ahmadzulfikar in berita.
Tags: , , ,
add a comment

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa hanya Umno dan Barisan Nasional (BN) yang terlebih dahulu menderhaka kepada Sultan dan Raja-Raja iaitu sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri dengana menggubal Perlembagaan Persekutuan yang menghakis kekebalan Raja-Raja Melayu.

Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Syed Husin Ali berkata, tuduhan yang dilemparkan oleh Umno terhadap Pakatan Rakyat berhubung isu derhaka sengaja dibangkitkan supaya rakyat memandang negatif terhadap pakatan pembangkang itu.

“Siapa yang derhaka sebenarnya? Kalau mereka kata kita derhaka, Dr. Mahathir dan Umno lagi awal menderhaka apabila pada yahun 1993 mereka tarik kekebalan Raja-Raja Melayu,” katanya dalam ucapan pembukaan Bengkel Memperkasakan Gabungan Pakatan Rakyat di sini pagi tadi.

KOMEN ANWAR

Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam blognnya berkata, “sekonyong-konyong saya dipersalahkan serta dituduh bertindak dengan tidak menurut lunas-lunas Perlembagaan oleh Pak Lah (Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) di atas apa yang berlaku di Perak.”

(more…)

Keputusan PRK KT P36 January 18, 2009

Posted by ahmadzulfikar in pendapat.
Tags: , ,
add a comment

Dah lambat dah.  Keputusan dah tau lama dah.  Semalam.  Kira2 pukul 9:30 – 10:00.

Akhirnya wakil dari PAS, Mohd Wahid Endut, menggalas beban yang ditinggalkan oleh gunung-ganang. 

Aku pasti Najib terpinga-pinga muka berubah, dah makin slow nak jawab soalan wartawan. 

Takpe.  Tadi Bik Mama, sampaikan hadiah kat AJL 23, juara lagu milik Meet Uncle Hussin.

Ya, dan gunung-ganang pun berkata, bahawa, aku hairan manusia sanggup memperbebankan diri dia untuk pikul tanggung jawab yang sepatutnya diserahkan kepada aku. Aku pelik dan hairan.

Malam menjelang PRK KT, P036 January 16, 2009

Posted by ahmadzulfikar in prosa.
add a comment

Hairan.

Pada saat gunung ganang menolak, tidak mahu beban ini digalas mereka. Tampil 3 orang yang merayu, mencanang keliling kampung, menggantung poster, berkata – berikan kuasa itu kepada aku.

Sel 73

Salahkah aku January 16, 2009

Posted by ahmadzulfikar in Uncategorized.
Tags:
add a comment

Oleh Sam Ahmad

Salahkah aku
menikam dirimu
mengelar lehermu
menyiat-nyiatkan kulit halusmu
tinggal daging
dan jasad yang tidak bernyawa.

Salahkah aku
meragui pemerintah
dan menggoncangkan
tiang-tiang utuhnya
hingga jatuh satu persatu
ke muka bumi.

Salahkah aku
menolak hukum
cerdik pandai agama
menafikan segala hujahnya
dan membalas balik tipu daya mereka.

Salahkah aku
berbicara dengan tuhan
walaupun pernah
aku lupa padanya
seketika.

Salahkah aku
menyalahkan diri sendiri
di atas dosa-dosa yang
telah aku lakukan.

Sel 73

Marcos, Zapatista dan isu semasa dalam lagu January 10, 2009

Posted by ahmadzulfikar in artikel.
Tags: , , ,
add a comment

Lewat bebrapa bulan sudah kelibat Subcomodante Marcos kembali mewarnai kamera dan perkampungan La Realidad sekali lagi popular, menjadi tumpuan media. Zapatista bertekad akan menyertai politik negara Mexico. Dan juga bertekad akan memenuhkan kamera-kamera media dengan wajah mereka yang bertopeng. Penulis agak orang yang paling gembira, tentunya Zach De La Rocha, frontman dan personal utama kugiran (the late) Rage Against the Machine.

Dalam klip video lagu People of the Sun, Rage Agaist the Machine ada menyelitkan visual kata-kata simpati untuk Zapatista pada akhir dan juga dimerata-rata tempat di dalam klip video berkenaan.

Mungkin ada yang masih ingat lagi, perhimpunan muzik terbesar dunia. Dan ada yang masih ingat lagi kelahiran the Beatles, Grateful Dead, Pink Floyd, individu seperti Bob Dylan, John Baez dan ramai lagi. Perhimpunan itu berlaku kerana kekecewaan yang teramat sangat kepada penghantaran tenaga-tenaga muda menyertai skuad tentera Amerika Syarikat di Vietnam. Rakyat AS membantah penghantaran yang ternyata sia-sia – kerana kekalahan.

(more…)

Dari Hal Mumia dan Anak January 9, 2009

Posted by ahmadzulfikar in artikel.
Tags:
add a comment

oleh Sam Ahmad

Menurut seorang rakan – bercerita tentang apa yang ditontonnya dalam rancangan National Geographic, sebelum diketahui tentang mumia – seperti kini, pihak kolonial yang menjumpainya satu ketika dahulu telah menjadikan mumia-mumia ini sebagai bahan bakar. Ini disebabkan, ianya mudah bakar.

Amalan mengawetkan mayat sebagai mumia ini bermula sejak beberapa ribu kurun yang lampau. Amalan ini menjadi kegilaan firaun-firaun Mesir dan segala bangsawan yang berada di bawah tampuk kekuasaannya. Tujuannya, adalah untuk mengekalkan bentuk dan rupa sebenar mereka yang dimumiakan tersebut.

Tanpa kita sedari, kegilaan firaun-firaun ini sebenarnya telah menjadi kegilaan kebanyakan manusia dan ia juga telah mempengaruhi manusia masa kini. Berapa banyakkah dari kita ingin mempunyai mumia. Mumia dari diri mereka sendiri. Terutamanya para ibu bapa ingin menjadikan anak-anak mereka sebagai mumia.

Kebanyakan ibu bapa, mahukan anak-anak mereka menjadi seperti mereka, baik dari segi luaran mahupun dari hal dalaman. “Ayah nak kamu jadi macam ayah. Berjuang demi negara,” kata seorang pejuang kemerdekaan kepada anaknya.

“Mereka tu, bukan macam kita dulu, rambut je sama (terpacak), tak bertegur sapa pun,” seorang orang tua bercakap dengan rakan lamanya mengenai anak-anak zaman sekarang.

Bagi mereka yang kuat agamanya dan mengikuti jemaah-jemaah seperti tabligh, al-Arqam, tarekat Naqsyabandi atau mana-mana ajaran, juga berkehendakkan anak mereka mengikuti jemaah-jemaah seperti yang mereka ikut. Akhirnya, anak-anak tak mampu nak buat keputusan sendiri dan menentukan nasib hidupnya secara sendiri.

Berapa banyak anak-anak yang dikatakan derhaka apabila tidak menyertai parti yang bapa atau ibu mereka ikut. “Kamu kena masuk PAS, macam bapak. Kalau masuk PAS nanti dapat masuk syurga.” kata seorang pengikut PAS kepada anaknya.

“PAS tu Parti Ajaran Sesat, baikla kamu masuk UMNO, UMNO dah bagi pembangunan kepada negara. Kalau tak disebabkan UMNO, tak dapatlah kamu hidup macam sekarang ni.” ini pula dialog yang mungkin diucapkan oleh seorang ahli UMNO kepada anaknya pula.

(more…)

Kuliah Pak Nawi: Reformasi January 9, 2009

Posted by ahmadzulfikar in artikel.
Tags:
add a comment

Oleh Mat Saman Kati

Lepas hantar anak kesekolah, aku lepak kat bawah pokok mempelam kat pekan Sauk. Sambil baca suratkhabar, sambil menunggu ikan sungai sampai.

Lebih kurang jam lapan, kak Yah Changkat Duku pun sampai dengan Proton buruknya, bawa ikan sungai yang ditangkap di Tasik Chenderoh. Tak banyak tangkapan malam tadi, cuma sekadar 3-4 kilo ikan-ikan loma dan tenggalan.

Aku pun bukan suka sangat ikan-ikan sungai ni..banyak tulang. Tapi dalam keadaan gawat ni, telor masin pun sedap. Dan harganya pun masih murah berbanding ikan laut. Dah la mahal…tak fresh pulak.

“Nak bagi makan kucing ke?” tanya Pak Nawi dari belakang bila tengok aku beli anak tenggalan setengah kilo.

“Amboi mak…cantiknya bahasa!” dalam hati aku la. “Dak aaih! nak masak pindang..dah lama tak makan. Asyik makan beriyani, nasi kandar. Rasa jemu pulak makan kat hotel.” Standard kena jaga jugak brader!

“Kalau teruk cakap teruk la…nak malu apa? Kalau dulu Dunhill, sekarang DJ…tak payah cakap pun tak apa.”

(more…)

Salah January 9, 2009

Posted by ahmadzulfikar in pendapat.
Tags: , ,
add a comment

Bukan, bukan masa untuk menyalahkan sesiapa. Diri mana yang lebih bersalah melainkan diri sendiri. Hentikan tuding jari ke arah orang lain, kerana satu jari engkau tuding ke arah orang itu, maka empat jari lagi akan menuding ke arah engkau. Ah.. Balik-balik yahudi salah. Habis, engkau tak salah. Sebenarnya perkara ini salah salah semua. Yang jadi mangsa ialah rakyat Palestine – kanak-kanak, wanita dan orang tua semestinya.